Lihatlah pula akan sekeliling kita dibumi yang terbentang luas ini,burung berkicau,ikan di laut,haiwan liar di hutan,serangga di melata,tumbuh-tumbuhan,buah-buahan,hujan,cahaya matahari,udara,air sungai,api yang menyala.Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi.Dan itulah TANDA KASIH Allah pada hamba-Nya..Apakah kita pernah bersyukur?Syukur dengan segala nikmat dan kurniaan-Nya..
Dalam pada itu,ada pula segelintir yang mudah lupa akan pemberian percuma ini.Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak sedar iaitu oksigen yg kita sedut,denyutan nadi,aliran darah yg tidak terhenti,kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hinggalah saat ini.Siapa yang memberinya?ya..."Allah"yg memberinya..
Kalaulah Allah s.w.t berkira dan charge segala nikmat yang diberinya kepada kita,sudah tentu tidak akan terbayar oleh kita akan bil oksigen,bil denyutan nadi dan bil aliran darah.Lihatlah betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya namun ramai yang menderhaka dan melakukan segala larangan Allah.
Justeru segalanya yang kita miliki dan perolehi adalah tanda kasih Allah kepada hamba-Nya.Sebagai isyarat kita terima tanda kasih Allah itu,hendaklah kita bersyukur dengan syukur yang sepenuh hati hanya kepada Allah.Lengkapkan tanda kasih itu dengan menguatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dan meningkatkan ibadah serta menjauhi apa yang dilarang.
Ayuh kita bersujud kepada Allah s.w.t zahir dan batin,atas cinta dan belas kasih sayang-Nya kepada kita yg lemah kerdil dan miskin tidak berdaya ini. ~Amin Ya Rabbal Alamin~
Tuesday, 20 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment